Minggu, 26 Oktober 2008

BIODATA SYAITAN


BIODATA SYAITAN
Pengenalan diri

1. Nama terang : Iblis Laknatullah
2. Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
3. Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.
4. Status diri : Fasik kelas pertama
5. Agama : Kufur
6. Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
7. Alamat Tetap : Neraka jahanam
8. Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
9. Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Cita-Cita
10. Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
11. Tempat pertemuan : Konser-konser hiburan, Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
12. Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
13. Sahabat karib : Anak-anak Adam
14. Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
15. Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
16. Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
17. Tempat Operasi & Rakan setugas
18. Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
19. Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
20. Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
21. Logo : Sembarang tatoo
22. Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
23. Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
24. Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
25. Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
26. Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
27. Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
28. Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
29. Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
30. Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam


Pengalaman & Kenangan

1. Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
2. Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
3. Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
4. Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
5. Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
6. Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
7. Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
8. Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
9. Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak Saat mendukacitakan
10. Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
11. Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
12. Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
13. Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
14. Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
15. Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
16. Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Tidak ada komentar: